Mimpi yang sama
December 20, 2007 by amai-bibm
Lately aku mengalami mimpi yg sama.. malam td pun mimpi tu berputar lg dalam tidur aku.. cuma mlm td mimpi itu hingga ke penghujungnya.. jika sebelom2 ni mimpi tersebut akan tergantung begitu shj.. mengapa mimpi tersebut berputar beberapa kali dlm tidur aku.. adakah ada satu petanda yg ingin disampaikan?? entah laa.. aku pun xpasti..
aku mimpi memasuki sebuah bangunan dan akhirnya aku xjumpa pintu keluar yg aku mula2 masuk.. aku jumpa pelbagai pintu tp bukan pintu yg aku masuk sebelomnya… semua pintu yg aku jumpa tu terdapat org2 yg menakutkan.. penagih dadah.. mat2 punk.. kaki motor dan sebagainya… aku takot sangat2 kl di apa2kan… mmg aku betol2 takot.. selama ni mimpi tu cuma berakhir setakat ini..
tapi malam td… 11 zulhijah.. aku bermimpi di tempat yg sama.. org2 menakutkan yg sama.. cuma ada watak tambahan yg lain.. ada bebrapa org juga rupanya yg sama mcm aku.. mencari pintu keluar yg sama.. penat mencari hingga akhirnya ada seorang lelaki yg bertanya apa yg kami buat di situ?? dan apa yg kami cari?? dia menunjukkan pintu tersebut yg berada betol2 di sebelah dia… akhirnya aku berjaya keluar dari bangunan tersebut…
apakah makna semua ini atau hanya mainan tidor semata2.. wallahu’alam…